Mencari Mardhatillah 9

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Allah memberi penghormatan dengan meminta malaikat dan iblis sujud pada Nabi Adam as. Bukankah itu menunjukkan manusia ini mulia? Mulia sekiranya menjadi hamba yang taat pada penciptanya.

Ujian demi ujian yang harus aku lalui. Selagi kita bergelar manusia dan hamba Allah, kita takkan lari dari ujian ini. Dengan sabar dan solatlah kita dapat lalui ujian yang diberikan. Sabar. Berapa lama lagi aku harus bersabar Ya Allah. Aku tak kuat. Aku hambaMu yang lemah. Aku cuma manusia biasa yang inginkan ketenangan. Aku bukanlah Nabi Ayyub as yang tahan dan bersabar tika diuji.

Aku merasa sembuh hanya sekejab. Masa aku jumpa Dr Salwa last month aku siap mintak agar aku tak perlu jumpa sebulan sekali. Tapi mungkin 2 atau 3 bulan sekali. Maka, Dr Salwa pun bagi appointment lewat sikit. Aku merasa gembira dan excited masa nak mula latihan di Kulim…..tapi Allah uji sekali lagi secara tiba-tiba. Di saat aku gembira berada dalam bulan Ramadhan. Gembira berbuka bersama-sama akhawat di rumah ustazah.

Rupanya keadaan aku masih belum stabil dan sembuh. Walaupun aku rasa sembuh waktu tu…..mungkin sebenarnya aku tak sembuh. Menurut Dr Salwa. Pihak Dr Salwa dan Dr Sham silap kerana terlalu cepat turunkan dos ubat aku. Dr Sham yang turunkan dos epilim dari 2 biji sehari kepada 1 biji sehari. Sebelum tu, Dr Salwa tukarkan dari Prozac kepada Cymbalta. Waktu tukar tu, memang aku dapat rasakan perubahan dan waktu tu jugak aku rasa sembuh dan stabil sehingga dapat jalani latihan dan mintak jarakkan perjumpaan dengan Dr.

Ah, itu semua hanya andaian. Allah Maha Mengetahui. Kita ni milik Allah. Allah Maha Bijaksana. Dia masih mahu menguji aku. Dia mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran dan ketaqwaan hambanya. Berusaha dan teruskan berusaha. Ingat akan janji-janji Allah. Teruskan berusaha. Teruskan berdoa. Itu hak kita. Hak Allah untuk makbulkan atau belum lagi. Bila Allah akan kabulkan hanya Dia yang tahu. Kita semua makhluk ciptaanNya. So, apa nak heran? Dia yang tadbir seluruh alam ini kan.....

1 comment:

Nuh Zuleffendi said...

salam..apa khabar kak?lama x dgr cerita..moga semakin sihat insyaAllah...moga kak terus bersabar kerana semua ini adalah sunnatullah spt mana firman Allah:

"Adakah kamu mengira bhw kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orng yg berjihad diantaramu dan belum nyata orang2 yg sabar"(3:142).

insyaAllah ujian ini merupakan kunci ke syurga atas kesabaran kak selama ini kerana keimanan seseorang bukan hanya sekadar kata2 tetapi perlu diuji utk membuktikan hakikat keimanan seseorang spt mana firman Allah:

"di antara manusia ada yg mengatakan:'kami beriman kpd Allah dan hari kemudian.' padahal mereka itu sesungguhnya bukan orng2 yg beriman"(2:8).
"dan sesungguhya kami benar2 akan menguji kamu agar kami mengetahui orng2 yg berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar kami menyatakan(baik buruknya) hal ehwalmu"(muhammad:31)

spt mana ketika abbas assisi mengadu tentang ketidak mampuannya utk masuk tentera kerana matanya yang rabun. hassan al-banna menjawab itu lah yg terbaik kerana dikhuatiri jika dikurniakan mata yg elok, kita bergantung harap kpd mata tersebut namun jika kita mempunyai kekurangn, Allah la yg menjadi tmpt kita bergantng harap yg utama.

mungkin kekurangn yg kita hadapi sekarang ini mengingatkan kita bahawa apa kelebihan yg kita ada selama ini adalah dtng dari Allah..maka wajarlah kita letakkan segala harapan pada Allah walaupun setinggi mana ilmu kita..

Ana yakin, semua perkara dapat diubati dengan Al-qur'an terutama yg berkaitan dengan perkara yg tidak nampak dan rohani kerana al-qur'an yg membawa fitrah asal kita kepada tempatnya..

berpenat lelah sementara di dunia utk kesenangan yg kekal di akhirat, bersenang lenang sementara di dunia untuk kesengsaraan di akhirat...