Mencari Mardhatillah 3

Kini, aku hanya berehat kat rumah tanpa melakukan apa-apa. Sebab aku tak buat apa-apalah yang membuatkan aku depress sekarang. Aku rasa diri aku tak sama macam orang lain. Aku sepatutnya bekerja dan membantu mama dan papa. Bukannya mama dan papa yang menanggung aku. Kawan-kawan yang sebaya aku semuanya bekerja. Aku nak bekerja pun bukanlah sebab duit. Tapi nak berkhidmat dan nak menjadi macam individu lain.

Makcik Su kata, ramai je graduan yang tak bekerja. So what? But for me…tak bekerja membebankan! Kemana saja aku pergi, orang akan tanya: buat apa sekarang? Keje apa?? Dan amat susah bagi aku untuk menjawab yang aku hanya duduk di rumah. Tapi hakikatnya memang aku hanya dok rumah!

Memang diri aku orang yang agak useless la rasanya. Jeles aku tengok akhawat di kulim aitu. Mereka mempunyai kerjaya masing-masing. Di samping tu, mereka tetap aktif dalam program-program daerah. Aku?? Kerjaya tak ada sejak sakit! Tu pun baru join balik usrah. Usrah jer…. Kenapa aku jadi macam sekarang? Kenapa keadaan aku tak macam dulu? Sebelum sakit? Sakit telah membantutkan banyak perkara. Yang utama adalah kerjaya dan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Kerjaya tak ada. Kerja kemasyarakatan pun tak buat. Nasib baik aku pergi jugak kulim last week. At least aku terlibat jugak dalam aktiviti kemasyarakatan. Terutamanya membawa dan mendekatkan Islam pada anak-anak yatim tu. Sayu hati aku nak meninggalkan mereka. Ada yang mengharapkan aku datang lagi menjenguk mereka. Kan best kalau aku dapat buat lagi macam tu. Terasa jugak bila aku join tu macam apa yang aku buat di Segamat dulu. Terlibat dengan remaja.

Jangan compare diri aku sekarang dan dulu. Itu adalah nasihat yang ditujukan untuk aku supaya aku tak sedih. Kenapa susah sangat nak buat? Terima diri seadanya. Sedaya upaya cuba jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Aku rasa sekarang….hari ini lebih buruk dari hari-hari semalam sebab aku hanya dok di rumah. Adakah aku harus berterus terang apabila ada yang bertanya….apa aku buat sekarang?? Dah abis belajar?? Tak keje? N juga sakit dan tak bekerja seperti aku. Tapi N sakit fizikal! Orang nampak yang dia sakit! Seingat aku, dia sakit buah pinggang. Aku?? Bipolar…. Apa itu bipolar? Ya Allah… kenapa aku asyik fikir tentang dulu-dulu? Dulu aku sihat….. sebab tu dulu boleh. Sekarang, tak boleh sebab aku sakit. Tapi sakit ni Kau jugak yang beri…. Kenapa Kau beri hanya Kau yang mengetahui. Aku masih belum tahu jawapannya. Tapi…. Aku sedih menjadi seorang pesakit Bipolar Jangan asyik compare diri yang dulu….diri yang sihat dengan diri yang sekarang. Kenapa dengan jiwa aku. Jangan layan bisikan syaitan. Baca An-Nas. Stop from thinking negative dengan teknik pernafasan dan EFT. Redha dengan ketentuan Ilahi. Ingat surah Alam-Nasyrah…..sesudah kesulitan ada kemudahan. Insha Allah…. Setelah aku lalui kesusahan dan kepayahan ini, akan ada kemudahan yang menyusul. Aku hanya perlu bersabar. Tapi….susah nak sabar! Bila kemudahan tu nak datang? Allah sahaja yang mengetahui. Dia masih mahu menguji aku. Tapi sampai bila?? Sampai aku mati? Aku tak mau mati dalam keadaan yang tak redha dengan qada dan qadar Allah. Aku seboleh-bolehnya nak redha seperti yang MS cakapkan aritu…. Entahlah. Apa nak jadi dengan diriku? Masih mempersoalkan apa yang diaturkan Allah. Ampunkanlah aku Ya Allah.

No comments: