Mencari Mardhatillah 2

Mungkin juga aku belum sembuh kerana Allah masih nak tengok sejauh mana aku bersabar dengan ujian yang diberikan. Tapi aku merasakan ujian ini terlalu berat untuk aku. Iman aku tak cukup untuk redha dengan ujian ni. Kadang-kadang aku redha dengan ujian ni. Tapi bila aku tengah down sangat, aku seperti tidak redha diuji dengan penyakit ni. Aku telah berusaha untuk mengubatinya dengan berjumpa dengan pakar. Aku mendapat khidmat nasihat dan mendapat ubat-ubatan. Tetapi….dah hampir 3 tahun aku melalui liku-liku sebagai seorang pesakit bipolar. Aku tak jugak sembuh-sembuh. Aku seperti tak der doa lain nak pohon selain pohon pada Allah kesembuhan dari penyakit Bipolar ni. Itu yang aku pohon 5 kali sehari dalam solat. Itu juga yang aku pohon dalam solat hajatku. Bila hujan lebat, kesembuhan jugak yang aku pohon. Bila bermusafir kesembuhan juga yang aku pohon.Dah tak de doa lain yang nak dipohon. Aku tak tau bila Allah nak kabulkan permohonan aku.

Aku merasakan 3 tahun tu dah terlalu lama. Bila aku down, aku seperti give up dengan usaha-usaha aku terutamanya dengan ubat-ubatan moden. Dah lama makan ubat tapi tetap macam ni. Jumpa doctor sekurang-kurangnya sebulan sekali tapi masih macam ni. Adakah Allah akan kabulkan permohonan aku ni di akhirat kelak?? Adakah kebahagian dan ketenangan hanya akan diperolehi di akhirat nanti??Allah sahaja yang tahu. Sanggupkah aku menunggu sehingga di akhirat?? Aku bukan nabi atau rasul. Aku hanya seorang hamba yang hina. Nabi dan Rasul adalah orang yang paling banyak diuji. Aku dengan ujian yang kecil ni pun dah give up. Ujian harus dilalui dengan sabar dan tabah. Sirah patut dijadikan panduan dalam menghadapi apa jua situasi.

Aku dah tak ingat kenapa aku sakit dan macam mana aku sakit sebab aku telah lalui ECT yang kononnya dapat menyembuhkan aku….Aku lupa banyak sangat perkara akibat ECT. Aku merasakan aku seolah-olah seperti seorang yang hilang ingatan. Atau adakah aku lupa ni kerana Allah telah kabulkan permintaan aku? Sewaktu aku depress sangat dulu, aku sendiri yang mintak dijalankan ECT agar aku dapat melupakan semuanya. Entahlah. Allah sahaja yang tahu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Apa yang berlaku adalah ketetapan Allah. Kata makcik Su, Allah ingin mentarbiyyah aku dengan penyakit ni mungkin….mungkin sebagai persediaan untuk aku! Ia hanyalah satu kemungkinan….Tapi aku belum sembuh sehingga sekarang!! Mungkin hamba yang tak bersyukur, tak bersabar dan tak tabah tak boleh berada dalam jalan yang mulia ni. Jalan para Nabi dan Rasul. Dakwah adalah tugas para Nabi dan Rasul. Maka kerja-kerja dakwah ni terlalu mulia dan aku tak layak untuk berada dalam jalan ni mungkin….

No comments: