Mencari Mardhatillah 24

Aku ditakdirkan untuk berkhidmat sebagai guru tadika. Aku diamanahkan untuk mengajar dan menjaga kanak-kanak berusia 4 tahun. Tarbiyah apakah lagi yang Allah rancang untukku? Kali ini, aku belum mengalami apa-apa simptom yang boleh membuatkan aku sakit kembali. Alhamdulillah kerana tiada tekanan yang teruk yang boleh menyebabkan aku kembali sakit. Aku gembira. Telatah kanak-kanak di tadika amat mencuit hati. Tidak sampai hati untuk memarahi mereka tatkala mereka melakukan kesalahan kerana mereka masih suci. Mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa. Kitalah yang bakal mencorakkannya. Amat besar sebenar tanggungjawab dan tugasku. Ya Allah, berikanlah ku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Perjalanan dalam mencari redhamu.