Mencari Mardhatillah 6

Hari ni, apa yang aku dapat dari 2 rancangan forum tadi ialah ingat akan Allah dengan berzikir dan doa. Istimewanya zikir dan doa ialah kita akan mengingati Allah. Untungnya mengingati Allah dari mengingati manusia adalah: bila sahaja kita teringat pada Allah dan terus menyebut keagungannya, pasti Allah akan ingat kita jugak. Tapi kalau kita ingat manusia lain, belum tentu saat kita ingatkan dia tu lalu dia pun ingatkan kita. Tupun sesuatu yang harus aku tengok balik. Sebabnya… aku memang asyik ingatkan manusia lain. Tapi tak bermakna aku tak ingat Allah. Itulah kelebihan mengingati Allah. Kesimpulannya!! Zikir dan ingatlah pada Allah. Ujian ni pun mungkin sebab aku agak leka dan lupa padaNya kot. InsyaAllah, dalam usrah pun dibincangkan kitab tauhid yang menceritakan tentang keagungan Allah dengan semua ciptaan-ciptaanNya. Usrah juga sebenarnya membuatkan kita ingat pada Allah. Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang!

Ya Allah! Aku hamba yang lemah. Kau uji aku dengan ujian yang tak tertanggung lagi. Kenapa aku….yang berada dalam tarbiyah dan berada dalam jamaah turut diuji dengan penyakit Bipolar ni? Kenapa aku tak sakit sebelum aku mendapat tarbiyah? Tarbiyah yang ada sepatutnya membentengi aku dari sakit seperti ini.

Aku dah tak sama dengan diri ku yang dulu. Banyak benda yang terbantut.

Ditakdirkan kali ni, aku berjumpa pakar lain kerana Dr Sham, Dr Rohaya dan Dr Firdaus pergi kursus. Dr Salwa yang juga kawan kepada Dr Tuti banyak memberi info pada aku. Info yang menambahkan lagi pengetahuan aku. Tentang ubat….as a doctor…memangla tak bagi stop dan reduce dos tu. Katanya, at least 9 bulan aku kena makan dalam dos yang sekarang. Kali ni merupakan perjumpaan yang paling lama aku dengan doctor di sungai petani ni. Dan aku rasa, Dr Salwa lebih peramah dan sudi mendengar luahan aku. She listen to everything. Dia mendengar luahan aku dan memberi komen apa yang aku luahkan. Malangnya, aku banyak lupa dengan apa yang dibincangkan tadi……………..lupa!!

No comments: