Mencari Mardhatillah 54

ÎŽóÇyèø9$#ur ÇÊÈ   ¨bÎ) z`»|¡SM}$# Å"s9 AŽô£äz ÇËÈ   žwÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# (#öq|¹#uqs?ur Èd,ysø9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ ÇÌÈ  

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Isi-isi utama yang diterangkan dalam terjemahan:
Semua manusia berada dalam kerugian apabila tidak mengisi masanya dengan perkara-perkara yang baik dan perbuatan-perbuatan yang baik.

Walaupun surah ini pendek dan ringkas, namun ianya mempunyai isi tersirat yang mendalam. Bukankah Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia? Begitu juga dengan surah yang pendek ini. Ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan kepada kita.

Ramai yang mengetahui surah ini. Ramai yang menghafal surah ini. Ramai juga yang mengetahui terjemahan surah ini. Surah ini sering dibaca sebagai penutup sesuatu majlis. Tetapi, berapa ramaikah pula yang memahaminya, mendalaminya serta menjiwai erti atau maksud sebenar yang ingin Allah sampaikan melalui penurunan surah ini? Mari kita renungkan.

Terdapat pelbagai surah lain di dalam Al-Quran di mana permulaan ayatnya dimulakan dengan sumpah. Apabila Allah memulakan sesuatu surah dengan sumpah, ini bermakna Allah ingin menarik perhatian semua manusia. Pasti ada sesuatu yang penting yang disampaikan selepas sumpah tersebut.

Melalui surah ini, Allah telah bersumpah dengan masa. Ini menunjukkan bahawa, masa itu sangat penting di dalam kehidupan manusia seharian. Sekiranya masa yang kita ada ini tidak dimanfaatkan sebaiknya, kita akan berada di dalam kerugian.

Selain dari maksud demi masa, “wal-Ars” juga bermaksud demi waktu Asar. Apabila tiba waktu Asar, kita tidak mempunyai banyak waktu lagi sebelum tibanya waktu Maghrib dan seterusnya waktu ‘Isya. Ini menunjukkan bahawa semua manusia juga sudah tidak punya banyak masa lagi di dalam kehidupan. Hanya sedikit masa yang tinggal untuk kita meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Manusia iaitu al-Insan dikenali dengan sifatnya yang lupa. Manusia perlu saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kadang-kadang kita tidak sedar akan peringatan-peringatan yang telah Allah ingatkan di dalam mukjizat terbesar kita yakni Al-Quran. Di dalam surah ini, Allah menekankan sesuatu yang amat penting dalam hidup manusia iaitu masa. Kita perlu saling ingat-mengingati dengan masa yang telah berlalu dan masa yang bakal kita tempuhi.

Dengan masa yang telah berlalu, adakah cukup amalan kita dalam mencari keredhaan Allah? Adakah cukup dengan semua amalan yang telah kita lakukan? Adakah semua yang kita lakukan dalam mencari keredhaan Allah itu kita telah melakukannya sehabis baik? Adakah cukup untuk kita berhadapan dengan Allah di hari pembalasan kelak?

Pastinya kita sebagai manusia di dunia ini tidak mahu menjadi orang yang rugi. Seandainya kita berbisnes, sesuatu yang amat pasti kita inginkan adalah keuntungan. Sama ada keuntungan itu banyak atau sedikit kita tetap inginkan keuntungan. Tidak ada orang yang berbisnes yang mahukan kerugian.

Begitu juga dalam kehidupan kita. Kita pasti mahu beruntung di dunia apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Selalunya visi kita nak jadi orang yang beruntung di dunia kerana itu adalah kehidupan kita sekarang. Tetapi, sekiranya kita orang yang berpandangan jauh, keberuntungan yang paling bermakna adalah keberuntungan di akhirat iaitu masuk ke syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Akan tetapi untuk mendapat keberuntungan di akhirat, caranya adalah dengan menyemai benih, menuainya dan meraih di dunia yang penuh dengan pancarobanya.

Dengan berkat kesabaran kita di dunia kita akan meraih syurga yang dijanjikan Allah kepada kita. Motivasi untuk mendapatkan syurga – Surah Al-Insaan:12-22. Sedikit firman Allah dalam surah Al-Insaan ayat 12:
Nßg1ty_ur $yJÎ/ (#rçŽy9|¹ Zp¨Zy_ #\ƒÌymur ÇÊËÈ  

 “ Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya) dengan syurga dan (pakaian daripada) sutera.”

Allah turut berfirman bagaimana digambarkan sekiranya kita memilih untuk menjadi orang yang rugi juga ada diterangkan dalam surah Al-Insaan ayat 4:
!$¯RÎ) $tRôtFôãr& šúï̍Ïÿ»s3ù=Ï9 6xÅ¡»n=y Wx»n=øîr&ur #·ŽÏèyur ÇÍÈ  

 “Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur(atau menderhaka) dengan rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala.”

Pilihan adalah di tangan kita.

Kadang kala kita merasakan seperti kita rugi di dunia. Akan tetapi rugi di dunia tak bermaksud turut rugi di akhirat. Yang penting, tepuk dada tanya iman. Di antara kemungkinan yang boleh berlaku adalah
·        
      Untung di dunia, untung di akhirat
·         Untung di dunia, rugi di akhirat
·         Rugi di dunia, untung di akhirat

·         Rugi di dunia, rugi di akhirat