Mencari Mardhatillah 22

Sakit Bipolar adalah sejenis penyakit mental. Kata Doktor, penyakit ini juga seperti penyakit lain seperti buah pinggang, jantung, darah tinggi dan sebagainya. Ia juga memerlukan rawatan dan ubat. Ianya perlu dirawat untuk sembuh. Seperti yang kita tahu, setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting, kita wajib berusaha untuk mengubati penyakit yang kita hadapi supaya Allah memberkati dan menyembuhkan kita. Selepas berusaha, seterusnya berdoa dan berserahlah kepada Allah sepenuhnya.

Entah kenapa hari ini aku ragu-ragu dan malas makan ubat. Memandangkan keadaan aku pun sudah sembuh, ini menambahkan lagi sebab kenapa aku semakin malas makan ubat. Aku rasa better esok aku pi bincang dengan Dr Sham la kan….

Kak Azlina kata, apabila aku stabil dan sembuh, sekurang-kurangnya aku kena makan ubat selama 2 tahun lagi dalam keadaan aku sihat dan sembuh. 2 tahun tu agak lama. Apa kata aku cuba kurang sedikit demi sedikit? Doktor pun cakap yang setiap pesakit tak sama. Macam aku, diagnos awal depression. Bagi AD tak jalan…..kemudian diagnos aku bertukar kepada bipolar dan diberi AP, baru nampak ada perubahan, kata kak Azlina, kalau tak keadaan aku teruk. Sangat banyak negative though yang mengganggu aku dan juga sentiasa pesimis memandang kehidupan.

Kini, aku tak kisah sekiranya kawan atau orang lain tau yang aku merupakan seorang pesakit mental. Pesakit mental bukan semestinya gila. Orang nampak bila sakit mental ni mesti gila. Apabila seseorang itu gila, dia sudah tidak lagi wajib melakukan ibadat dan hilang pertanggungjawaban ke atasnya. Tapi Bipolar bukan begitu. Sakit bipolar, tetap kena solat seperti orang lain yang sihat.

Sekarang, aku juga berhasrat untuk mendalami ilmu psychology. Aku ingin lebih memahami diri aku dan juga orang lain. Ini bertujuan supaya suatu hari, aku pula boleh jadi seperti kak Azlina dan bantu pesakit mental lain dan merawat mereka untuk optimis dan yakin yang penyakit ini boleh sembuh sekiranya dirawat lebih awal dan dengan menjalani rawatan yang betul. Ya Allah, kau bantulah aku dan berkatilah usahaku yang tak seberapa ini.

Renungan bersama 16

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain

Tidak sempurna iman melainkan mencintai SAHABAT kamu sebagaimana mencintai dirimu sendiri

Diantara amal jariah yang paling besar adalah DAKWAH ILALLAH (Jalan kepada Allah-Mujahadah-susah payah)