Mencari Mardhatillah 7

Lagu Inteam….Segenggam Tabah! Hanya segenggam?? Rasanya tidak cukup. Bagi aku, kehidupan yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini tidak cukup dengan hanya segenggam tabah tapi memerlukan selautan atau lebih dengan ketabahan, kesabaran, kekuatan dari Allah dan juga pergantungan sepenuhnya HANYA padaNYA.

Menulis atau bercakap memang mudah, tetapi apabila tiba masanya, pelbagai perkara yang tak pernah diduga akan berlaku. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, "expect the unexpected". Apabila ujian yang bertali arus untuk menguji sejauh mana keimanan, ketaqwaan dan rasa kehambaan padaNYA. Dirasakan seperti tidak mampu lagi untuk meneruskan. Bukankah Allah menjadikan kita untuk diuji? Allah ingin menguji ketaqwaan kita kerana harga syurga Allah begitu mahal.

Lirik lagu ini sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa kita ini benar-benar memerlukan Allah. Hanya dengan izin Allahlah semua apa yang berlaku. Kita ditugaskan untuk berusaha tanpa rasa jemu dan berputus asa. Selebihnya berserah serta bertawakal padaNYA. Kita hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa. Apa yang ada pada kita sekarang pun hanyalah bersifat sementara dan semuanya adalah dari Allah. Ramai di antara kita yang terpesona dengan dunia yang bersifat sementara ini. Kita lupa akan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

No comments: