Mencari Mardhatillah 27

Pengharapan dan pertolongan dari Allah amat penting. Manusia hanya boleh membantu tetapi bantuan hakiki adalah dari Allah. Sangat insaf dan bermotivasi bila membaca terjemahan apatah lagi tafsir. Semuanya yang tertulis adalah untuk hambaNya. Syukur sangat dengan mukjizat Al-Quran. Allah mewahyukan apa yang diperlukan oleh hamba yang ingin mencari hidayah dan kebenaran. Tak kenal maka tak cinta. Begitulah diibaratkan kata-kata ini.

Allah Maha Kaya, Agung, Bijaksana, Adil, Pemurah, Penyayang dan banyak lagi nama-nama bagi Allah. Asmaul Husna juga memotivasikan aku untuk terus berjuang melawan penyakitku. Semoga satu hari nanti aku berjaya. Kalau tak berjaya di dunia AMAT mengharapkan aku berjaya di akhirat.Iitulah cita-cita aku.

Allah tidak akan menzalimi hambanya. Apa yang Allah rancangkan untuk kita adalah untuk mentarbiyah atau mendidik agar menjadi hamba yang lebih baik. Aku akan train diri aku perlahan-lahan untuk
  1. Sabar
  2. Redha
  3. Syukur
Dalam mencari mardhatillah memang akan melalui liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Sejauh mana kita bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Allah kan menguji hambanya mengikut kemampuannya. Kita rasa tak mampu sebab syaitan yang menghasut! Jahatnya syaitan yang ingin memesongkan kita. Ya Allah, kau jauhilah iblis dan syaitan terlaknat.

I BELIEVE


IRFAN MAKKI:

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you


He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him


You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day


Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?



MAHER ZAIN:

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus



If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus



I believe I believe, I believe I believe



Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Motivasi Unggul 11

MOHONLAH PERTOLONGAN DARI ALLAH

1:5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.


7:128. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa".


12:18. dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf Dengan darah palsu. bapa mereka berkata: "Tidak! bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). kalau demikian, Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah Yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa Yang kamu katakan itu."


21:112. (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara Kami Dengan mereka) Dengan Yang benar; dan Tuhan Kami ialah Yang melimpah-limpah rahmatNya Yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa Yang kamu sifatkan itu".

Mencari Mardhatillah 26

Sangat beruntung berada dalam jamaah. Sokongan dari akhawat senantiasa ada. Cuma syaitan yang selalu memutar belitkan fakta dan keadaan. Kehadiran Min, Feza, Azreen dan Umairah memberi suntikan semangat untuk melawan fikiran negative yang telah lama bersarang dalam otak. Yer lah, dah 30 tahun. Banyak cara fikir yang salah dan fikiran negative telah di develop dan sebati dalam fikiran. Amat sukar untuk mengubah. CBT yang telah diajarkan aku dah lupa sebab ECT. Sakit kali ni telah menimbulkan idea untuk buat ECT lagi. Side effect lupa tu abaikan je. Sebab menurut kajian. Ingatan yang lupa tu akan kembali. Cuma kes aku je ingatan tu tak kembali. Mungkin memang takdir Allah ingin aku melupakan perkara yang dah lepas.


Basmin dan Kak Aini jalankan bisnes supplement. Dan memang ada ubat untuk bipolar depression jugak. Aku nak makan. Mama pun setuju dan nak bagi duit untuk beli ubat tu. Cuma tunggu approval Dr je….Approve ke tak, aku nak makan jugak. Sebab ini untuk kesihatan aku. Aku berhak decide.


Ini kali kedua aku diberhentikan sebab ada penyakit Bipolar ni. Awalnya aku merasakan sangat depress kerana adakah orang yang sakit macam aku tak ada peluang untuk bekerja dan meneruskan kehidupan macam biasa. Tiada ruang dan peluang diberikan. Kami seperti dipinggirkan dan pastinya proses penyembuhan akan melalui fasa yang sukar kerana tiada sokongan dari masyarakat.


Tak per lah. Bukan rezeki aku di Hira’. Allah dah tetapkan semua ini berlaku. Mungkin rezeki aku di tempat lain walaupun bukan dengan jamaah. Khidmat aku tak diperlukan dalam jamaah kerana aku berpenyakit. Niat aku nak menginfakkan diri untuk Islam, tapi mungkin Allah tak izin. Aku tak sesuai. Mungkin masih ada perkara yang tak elok dalam diri aku. Especially negative thought.


Aku hanya mampu merintih, berdoa dan bermohon kepada Allah agar aku kembali pulih. Kepulihan semetara aku aritu sangat menggembirakan aku. Sehingga aku boleh bekerja selama 5 bulan lebih. Tapi tiba-tiba, tanpa sebab dan isyarat, aku kembali depress. Aku tak tahu kenapa aku depress. Tiba-tiba je. Semua ni Allah dah aturkan. Kata Basmin, Nabi Ayub pun diuji. Tak semestinya baginda banyak dosa maka Allah mengujinya. Apatah aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Is there a hero in me??




There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your sould
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

[Chorus]

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

[Chorus]

Mencari Mardhatillah 25

Pasti ada sebab dan hikmah di atas apa yang berlaku. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Ujian demi ujian harus aku lalui. Tarbiyyah apakah lagi yang Allah rancang untukku? Mungkin di Hira' bukan tempat yang terbaik. Ada yang terbaik menantiku dihadapan. InshaAllah.

Aku bertemu dengan ramai orang. Ada yang lebih teruk dariku sehingga terpaksa berhenti belajar. Aku?? Sempat menghabiskan Ijazah Sarjana Muda di Uniten. Sempat bekerja beberapa tahun sebelum diuji. Ujian yang datang sebagai tanda kasih sayang Allah. Sangat gembira menjadi hamba yang disayangi tuannya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang dirancang. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Bermuhasabah. Keberadaan aku di PPUKM memberi ruang untuk aku bermuhasabah. Surah Al-Insyirah memberiku inspirasi dan motivasi untuk aku teruskan kehidupan. "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan. Berlapang dada adalah tahap ukhuwah yang terendah dan ithar adalah tahap ukhuwah yang tinggi. Seperti yang dinyatakan sebelum ni, manusia akan datang dan pergi tapi ALLAH SWT, tetap ada dan takkan kemana-mana. Senantiasa menantikan hambanya merayu dan berdoa. Merintih dan menangis kekesalan.

Ya ALLAH, banyaknya dosaku padaMu. Aku seringkali alpa dan lalai dalam melaksanakan kewajipan serta leka dengan dunia. Ampunkan aku ya Allah. Aku sedar akan kesilapanku kerana tidak bersangka baik denganMU. Padahal Kau rancang sesuatu yang terbaik dan memang untukku. Tak ada yang kau takdirkan adalah sesuatu yang buruk atau tidak baik. Teruknnya aku. Aku bersalah Ya Allah. Ampunkan aku. Kasih sayangMu tak bertepi. Kasih saying manusia ada batasnya tapi, Engkau Maha Sempurna. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




Nak untung ke rugi?.......2

Pastinya kita sebagai manusia di dunia ini tak nak menjadi orang yang rugi. Seandainya kita berbisnes amat pasti kita mahukan keuntungan. Sama ada keuntungan itu banyak atau sedikit, kita pasti mahukan keuntungan. Tak ada orang yang berbisnes yang mahukan kerugian.

Begitu juga dalam kehidupan kita. Kita pasti mahu beruntung di dunia apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Selalunya visi kita nak jadi orang yang beruntung di dunia kerana tu adalah kehidupan kita sekarang. TETAPI kalau kita orang yang berpandangan jauh, keberuntungan yang paling best adalah keberuntungan di akhirat iaitu masuk ke syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Akan tetapi untuk mendapat keberuntungan di akhirat, caranya adalah dengan meraih dan menuainya di dunia. Firman Allah:

Ø Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. (41:35)

Ø Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat. (42:20)

Dengan berkat kesabaran kita di dunia kita akan meraih syurga yang dijanjikan Allah pada kita. Motivasi untuk mendapatkan syurga - ( 76:12-22) Sedikit firman Allah dalam surah Al-Insaan ayat 12: “Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya) dengan syurga dan (pakaian daripada) sutera.”

Allah turut berfirman bagaimana digambarkan sekiranya kita memilih untuk menjadi orang yang rugi juga dalam surah Al-Insaan ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menyediakan bagi orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala.”

Pilihan adalah di tangan kita.

Kadang kala kita merasakan macam kita rugi di dunia. Akan tetapi rugi di dunia tak bermaksud turut rugi di akhirat. Yang penting tepuk dada tanya iman. Di antara kemungkinan yang boleh berlaku adalah

1. Untung di dunia, untung di akhirat

2. Untung didunia rugi diakhirat

3. Rugi di dunia, untung di akhirat

4. Rugi di dunia, rugi di akhirat

Ada tambahan kemungkinan lain? Dalam al-Quran ada banyak motivasi untuk kita menjadi orang yang beruntung. sama ada kita sedar atau tidak.