Mencari Mardhatillah 33

Sudah sebulan aku di PPUKM bagi mendapatkan rawatan. Aku merasakan sedikit perubahan dan tiada mood sedih setelah menjalani ECT. Mungkin ECT boleh membuatkan pesakit lupa, tapi ia juga telah meneutralkan bahan kimia di dalam otak aku. Alhamdulillah. Syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi yang memberkati usahaku. Aku berharap ianya bukanlah bersifat sementara tetapi berpanjangan untuk jangka masa yang lama. Aku juga mengharapkan kemasukan aku di PPUKM kali ini adalah yang terakhir.

Harapan aku dengan usaha aku kali ini adalah ingin pulih untuk jangka masa yang lama. Ubat akan aku makan dan CBT dengan kak Azlina akan kuteruskan bagi memastikan tahap kesihatan aku memuaskan. Apa yang aku pelajari dari kak Azlina aku perlu laksanakan. Praktikal lebih penting kalau kita belajar sesuatu yang baru. Tambahan pula ini untuk memastikan aku pulih dan seterusnya kembali sihat.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Apa yang dirancangkan olehNya ada hikmah yang tersembunyi. Lupa disebabkan ECT juga adalah perancanganNya. Allah memadam memory yang tertentu sahaja. Ada yang aku ingat dan ada yang aku tak ingat. Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku.

Motivasi Unggul 16

Al-An'am:

60 - Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan

61 - Dan Dialah penguasa mutlak atas semua hambaNya dan diutusNya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya dan mereka tidak melalaikan tugasnya.

62 - Kemudian mereka (hamba-hamba Allah) dikembalikan kepada Allah, penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala hukum (pada hari itu) ada padaNya dan Dialah pembuat perhitungan yang paling cepat.

Jika Terakhir Untukku

video

Mencari Mardhatillah 32

Keampunan Allah tidak bertepi. Aku bukanlah mengambil kesempatan untuk mengulangi perbuatan menzalimi diriku sendiri dengan adanya keampunan apabila kita bertaubat. Tetapi saat aku menzalimi itu aku berada di luar kawalan atau tidak waras dan tak dapat berfikir dengan baik.

Aku takut dan rasa bersalah setelah sedar apa yang aku lakukan merupakan satu dosa. Aku juga bimbang Allah tak akan mengampuni aku lagi kerana kesilapan itu terlalu banyak berulang-ulang.

TIDAK! Aku tak boleh pesimis dalam kehidupan. Harus sentiasa optimis. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau neutralkan chemical dalam otakku dan positifkan pemikiranku.

Kehidupan ini adalah satu ujian kepada manusia. Cuma cara manusia menangganinya yang membezakan manusia antara satu sama lain. Setiap ujian harus ditanggani dengan bijak sekiranya individu itu mempunyai skill untuk melalui ujian itu dengan jayanya.

Motivasi Unggul 15 - Hadis Qudsi:Selalu bertaubat dan beristigfar

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seorang hamba melakukan satu dosa lalu ia berkata: "Wahai Rab aku melakukan satu dosa maka ampunkanlah aku." Maka Allah berkata "Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-ku. Kemudian setelah beberapa ketika dia kembali melakukan dosa dan berkata: "Wahai Rab aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku." Allah kemudian berkata " Adakah hamba-ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku. Kemudian setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata: "Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku." Allah berfirman:"Apakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku - sebanya tiga kali - maka lakukanlah apa yang disukainya"'

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Insha Allah - I'll find the way

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame but
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x2
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
Insha Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who could show me the way,
Show me the way x3

Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find our way

Mencari Mardhatillah 31

Dalam Surah At-Tawbah ayat ke-129 Allah telah berfirman yang bermaksud: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Allah adalah segala-galanya! Apa lagi yang aku mahukan di dunia ini? Adik-beradikku, saudara-maraku, akhawat atau teman-teman, psychiatrist dan MO hanyalah manusia biasa yang dipinjamkan untuk aku. Betul ke statement aku ni?

Aku harus mengingatkan diri aku agar sentiasa mengingati Allah. Bukannya manusia. Tetapi, dalam keadaan mood aku yang berubah-ubah macam mana ya? Dah nama penyakit pun Bipolar II Mood Disorder. What should I do?

Aku merasakan usaha aku selama ini sia-sia. Papa dan Mama pulak nak berubat cara kampung. Aku PENAT!! Hanya Allah yang mengetahui apa yang aku rasa. Aku hanya perlu menantikan bantuan dari Allah. Tapi bilakah bantuan itu akan datang? Sehari, Sebulan, Setahun, 5 tahun, 20 tahun, atau sampai aku mati?

Indahnya bersama akhawat Shah Alam

Motivasi Unggul 14 - Ujian

2:286 - Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Doa mereka ialah): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya kami memikulnya. Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaun-kaun yang kafir

Mencari Mardhatillah 30

Aku seharusnya bersyukur dengan kehidupan ini. Tiada sebab aku perlu menangis dan berputus asa kerana ramai yang menyayangi aku. Entah kenapa mood aku berubah begitu cepat. Malam semalam sehingga petang tadi, aku depress dan menangis tentang nasib aku. Tetapi lepas aku solat Asar dan baca Mathurat, aku lega. Aku kembali positif dan optimis. Dan sekarang, Sakinah kata aku manic.

Hah! Macam mana tu?? Tu semuakan perancangan Allah. Masa depress mungkin aku terpengaruh dengan bisikan syaitan. Dan sekarang aku kembali stabil. Tapi yang tak bestnya bila Staff Nurse panggil MO aku petang tadi sebab aku menangis. Lalu dia telah upkan Anti-depressant aku. Tak suka!!

Aku perlu lebih mengingati penciptaku. Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Ujian ini tanda kasih sayangNya. Adanya Sakinah dalam wad ni pun kami saling kuat-menguatkan. Masing-masing dengan simptom masing-masing. Dengan ujian yang sesuai dengan kemampuan kami.

7 tahun melalui liku-liku sebagai pesakit Bipolar tidak terlalu lama berbanding ujian pada Nabi Nuh yang berdakwah beratus tahun pada umatnya. Walaupun aku bukan Nabi tapi aku boleh menjadikan Kisah Nabi-Nabi yang diceritakan dalam A-Quran sebagai motivasi. Lagu-lagu nasyid dalam blog aku juga aku jadikan motivasi untuk aku mencari redha Allah.