Mencari Mardhatillah 28

Alhamdulillah hari ini aku berjaya menghabiskan surah Al-Kahf yang ku mulakan membaca semalam. Sangat menginsafkan kerana suatu ketika dahulu aku kerap mengamalkan pada setiap malam jumaat. Sudah lama aku lupa akan tuntutan Allah ini. Kenapa ya? Syaitan dan iblis telah berjaya melekakan aku dengan melakukan perkara-perkara yang lagha. Subhanallah.

Aku masih diuji. Dalam melalui ujian ini aku harus kuat. Kekuatan yang hakiki hanya datang dari Allah. Maka dengan itu harapan haruslah diletakkan pada Allah semata-mata. Firman Allah dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud:

"Katakanlah Muhammad, Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. Allah tidak beranak dan diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengannya."

Allah adalah segala-galanya. Janganlah kita melupakan Allah pada setiap detik pun. Apa sahaja yang berlaku adalah ketentuan dan perancangan rapi dari Allah. Allah takkan menzalimi hambanya terutama hambanya yang bersyukur dan sentiasa berada dibawah naungan rahmatnya.

Aku harus pulih sebelum meneruskan kehidupan seperti akhawat lain yang normal. Memang tidak dinafikan aku cemburu dengan rakan-rakan dan akhawat lain. Tapi, Allah lebih mengetahui kenapa hidupku ditakdirkan begini. Ada hikmah yang tersembunyi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Hanya padamulah aku berserah diri. Tiada siapa yang lebih memahami diriku selain Engkau Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup ini. Aku tak perlu takut kerana Engkau sentiasa bersamaku. Rezeki berada di mana-mana. Allah telah menentukan rezeki-rezeki hambanya. Aku tak perlu gusar atau bimbang tentang itu.

No comments: