Mencari Mardhatillah 30

Aku seharusnya bersyukur dengan kehidupan ini. Tiada sebab aku perlu menangis dan berputus asa kerana ramai yang menyayangi aku. Entah kenapa mood aku berubah begitu cepat. Malam semalam sehingga petang tadi, aku depress dan menangis tentang nasib aku. Tetapi lepas aku solat Asar dan baca Mathurat, aku lega. Aku kembali positif dan optimis. Dan sekarang, Sakinah kata aku manic.

Hah! Macam mana tu?? Tu semuakan perancangan Allah. Masa depress mungkin aku terpengaruh dengan bisikan syaitan. Dan sekarang aku kembali stabil. Tapi yang tak bestnya bila Staff Nurse panggil MO aku petang tadi sebab aku menangis. Lalu dia telah upkan Anti-depressant aku. Tak suka!!

Aku perlu lebih mengingati penciptaku. Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Ujian ini tanda kasih sayangNya. Adanya Sakinah dalam wad ni pun kami saling kuat-menguatkan. Masing-masing dengan simptom masing-masing. Dengan ujian yang sesuai dengan kemampuan kami.

7 tahun melalui liku-liku sebagai pesakit Bipolar tidak terlalu lama berbanding ujian pada Nabi Nuh yang berdakwah beratus tahun pada umatnya. Walaupun aku bukan Nabi tapi aku boleh menjadikan Kisah Nabi-Nabi yang diceritakan dalam A-Quran sebagai motivasi. Lagu-lagu nasyid dalam blog aku juga aku jadikan motivasi untuk aku mencari redha Allah.

No comments: