Mencari Mardhatillah 35

Hinakah pesakit bipolar atau katogerinya adalah di bawah pesakit mental seperti aku? Adakah aku berhak dikutuk kaw kaw oleh seorang yang bergelar pakar psikiatrik? Seorang yang bergelar pakar mempersoalkan tindakan aku. Tidakkah dia tahu bahawa tindakan aku adalah di luar kawalan dan dia sepatutnya boleh menjangkakan tindakan pesakit bipolar yang berada dalam keadaan stress dan depress? Tidak aku menjangkakan kutukan itu keluar dari seorang pakar dan disampuk sedikit oleh MO Psy serta diperhatikan oleh staff nurse dan pelajar nurse terhadap seorang pesakit yang telah lama menderita dengan sakit bipolar. Mungkin dah namanya hospital kerajaan kan? Begitulah servisnya.

Apa lagi kemampuan aku sebagai pesakit bipolar selain dari menangis. Menangis adalah teman rapatku semenjak aku sakit. Ada pendapat menyatakan bahawa tangisan dapat melegakan seseorang. Betulkah? Malamku sebelum tidur hanya ditemani air mata.

Aku mengadu pada HO dan pakar Medical yang datang tengok aku. Dia kata dia tak boleh buat apa-apa dengan tindakan pakar Psy tu. Mungkin aku boleh ikut proper channel dan komplen. Dan aku juga boleh tulis dalam blog katanya.

Mengimbau kembali tahun lepas, aku pernah diperlakukan teruk oleh Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Pakarnya kata nak membantu aku kononnya. Tapi bagi aku ia menambah teruk lagi keadaan aku. Itulah hospital kerajaan. Dan sebaik sahaja aku melangkah keluar dari wad psy HSAH, aku berjanji kepada diri aku takkan menjejak kaki ke situ lagi.

Inilah jalan yang harus aku lalui dalam mencari redha Allah. Kak Azlina suruh aku maafkan sahaja pakar psikiatrik tu. Aku akan cuba kalau itu sahaja cara untuk mendapat keredhaan dari Allah. Tidakkah aku harus memperbetulkan cara psychiatrist tu? Aku serahkan pada Allah untuk menentukan. Allah sahaja yang boleh menggerakkan hatiku untuk memaafkan dan melupakan walaupun pahit untuk aku telan.

1 comment:

sitinurazani said...

MO HSAH MEMANG ADA YG TERUK PUN . X NAFI ... HUHU... DARI X STRESS... BILA P JUMPA PSY RASA STRESS... NURSE PON SAMA JE... PALING X BEST BILA DOKTOR TANYA "ADA APA?" . PATUTNYA... TANYA LA KHABAR DUKU KE... SBBNYA ORANG JUMPA PSY SBB APPOINMENT JE PUN... PERNAH SY JAWAB MCM NI " SY DTG SBB APPOINMENT" . PSY HSAH... SEMUA TIPU2 BELAKA... KATA KALAU PERLU BOLEH P TERUS KE HOSPITAL PSY... NGARUT SEMUA TU.. HOHOHO.