Mencari Mardhatillah 53

Aku bersyukur kerana dapat kembali berkhidmat. Aku dapat menyumbang tenaga kepada atfal jannah.  Atfal jannah merupakan tempat rehabilitasi untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas. Mereka adalah anak-anak syurga InshaAllah. Penerimaan Psikologis Klinikal terhadap aku adalah sesuatu yang amat bermakna. Walaupun aku tidak seperti orang lain dan mempunyai sejarah penyakit Bipolar, namun beliau tetap menerima aku apa adanya. Alhamdulillah. Pemberian Allah melalui perantara beliau adalah sesuatu yang harus aku syukuri. Firman Allah dalam surah al-‘Araf pada ayat 144:

 فَخُذۡ مَآ ءَاتَيۡتُكَ وَكُن مِّنَ ٱلشَّٰكِرِينَ ١٤٤
“Oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur.”

Penyusunan Allah adalah yang terbaik. Allah tahu akan keperluan hambaNya. Maka dengan itu aku ditakdirkan untuk diuji dengan penyakit mental ini iaitu Bipolar II Disorder. Sehingga kini aku masih di dalam pemantauan pakar di PPUKM dan aku masih perlu untuk mengambil beberapa jenis ubat-ubatan untuk mengawal mood aku. Selain itu, aku juga harus menjalani ECT pada setiap 3 minggu. Inilah takdir yang aku harus lalui. Aku akan laluinya dengan redha. Hanya dengan redha aku tidak akan tertekan dan murung. Terimalah dengan redha pembahagian Allah SWT.

Aku harus selalu dan sentiasa ingat akan pemberian dan anugerah yang dilimpahkan kepadaku dari Allah SWT. Tidak terhitung sebenarnya akan anugerah Ilahi. Kini hampir 33 tahun aku hidup dan menghirup udara Allah. Kehidupan adalah satu pemberian dan anugerah yang tidak ternilai dan amatlah berharga. Aku sedar bahawa aku pernah tidak menghargai akan kehidupan ini. Aku “penat” dan putus asa dengan takdir yang berlaku atasku. Aku merasakan “lelah” dengan penyakitku ini dan sudah tidak larat lagi untuk menjalani perawatan yang bagiku amatlah lama sejak 2006. Namun, Alhamdulillah aku dapat berfikir lalu bersyukur dengan takdir Ilahi terhadapku ini. Ingatlah akan firman Allah dalam surah Luqman ayat 20:

وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُۥ ظَٰهِرَةٗ وَبَاطِنَةٗۗ 
“Dan Dia telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?”

Aku juga harus memperingatkan diriku supaya membiarkan masa hadapan datang sendiri seperti firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 1:

أَتَىٰٓ أَمۡرُ ٱللَّهِ فَلَا تَسۡتَعۡجِلُوهُۚ 
“ Telah pasti datangnya ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan”.

Kita tidak boleh mendahului peristiwa yang belum terjadi. Kita harus sedar bahawa Allah adalah sebaik-bak perancang. Kita tidak harus bimbang akan perancangan Allah kerana itu adalah yang terbaik. Maka apa yang terjadi kepada diriku yang bergelar sebagai pesakit mental bernama Bipolar II Disorder adalah kerana aku dipilih oleh Allah untuk melalui onak dan ranjau sebagai pesakit Bipolar. Aku harus bersyukur dengan pemilihan Allah ini kerana ianya adalah anugerah dari Pencipta kepada hambaNya.

Sekarang, aku harus bangkit untuk melawan semua perasaan negatif yang sering menyelubungi aku suatu ketika sebelum ini. Perasaan dan bisikan negative ini sebenarnya adalah bisikan dari syaitan yang ingin kita jauh dari redha Allah. Dalam mencari mardhatillah kita harus bersikap positif dengan semua perancangan dan pemberian Allah kepada kita. Kita pasti tenang sekiranya kita bersikap positif, inshaAllah. Yakinlah!

Kadang kala aku sering lupa bahawa kita tidak boleh membandingkan diri kita dengan orang lain. Sekiranya kita membandingkan diri kita dengan sahabat kita misalnya, kita akan kecewa kerana kita tidak sama dengannya. Mungkin beliau nampak berjaya dalam pelajaran dan akhirnya di alam pekerjaannya. Aku? Ditakdirkan untuk tidak mendapat keputusan cemerlang ketika belajar, dan akhirnya di alam pekerjaan juga tidak secemerlang sahabatku itu. Perbandingan ini akan membuahkan kekecewaan pada diriku.
Kini, aku sedar akan kekhilafanku sebelum ini. Rezeki, jodoh dan ajal telah ditetapkan di Lauh Mahfuz. Aku redha dan bersyukur. Tidak akan terjadi sesuatu bencana di bumi ini dan tidak akan terjadi musibah pada diri ini kecuali ianya telah ditentukan dalam ketentuan Allah sebelum kewujudan kita lagi. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya adalah sentiasa taat dan patuh kepada apa yang telah diperintahkan ke atas kita sebagai ciptaanNya. Kita juga harus sentiasa memburu dan mencari mardhatillah supaya kita selamat di dunia mahupun di akhirat kelak.

Allah tidak akan menarik suatu kenikmatan kecuali Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Sekiranya kita diuji dan menganggap sebagai beban, kita seharusnya bersabar dan selalu mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT. Berdasarkan apa yang aku lalui, aku berkeluh kesah, tetapi kini aku menganjurkan supaya tidak berkeluh kesah terhadap sesuatu musibah kerana balasannya adalah syurga dan pahala yang melimpah ruah di sisi Allah SWT. Seperti yang kita tahu, perjalanan para nabi dan wali juga diuji dan menerima pelbagai tentangan. Namun, Allah mengurniakan balasan syurga dari Yang Maha Kuasa. Allah berfirman dalam surah Ar-Rad’ pada ayat 24:

 سَلَٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ ٢٤
24. Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.


Selain itu, tertawa adalah ubat yang mujarab bagi menghilangkan keresahan dan kesedihan. Tertawa juga merupakan salah satu dari pemberian Allah. Hanya dengan memiliki kekuatan yang menakjubkan untuk membuat jiwa senang dan hati yang tenang. Ketika aku dirundung kemurungan, adalah amat mustahil untuk aku tersenyum apatah lagi tertawa. Tertawa juga merupakan mutiara kelapangan hati, tetapi bukanlah tertawa yang berlebihan. Untuk aku tertawa amatlah sukar tetapi bersyukurlah dengan kurniaan Allah padaku untuk boleh tersenyum kerana terdapat dalam hadis bahawa “Senyuman itu adalah sedekah”. Senyum juga merupakan pemberian yang amat bernilai bagi aku.

5 Comments:

mulan el-farouq said...

Aslmkm akk... dari dulu sy baca update fasal akk .. :)

Raja Azliza said...

saudari siapa ya? akak kenal?

Khalilah said...

Salam sis......apa khabar...if possible can I help u??....saya,ada sorg kenal sorg auntie ni...hampir dimasukkan ke wad gila dengan macam2 masalah kesihatan....Alhamdulillah sekarang semakin pulih dann sekarang antara top.leader dalam team kami...MasyaAllah...hanya mengamalkan pemakanan nutrisi....saya pun baru tahu pasal.auntie ni sebab nampak ok sgt,skrg...if berminat ingin tahu boleh contact 013-6191262

sima ali said...

Saya pun nak try contact autie tu

awarnis hassan said...

assalammualaikum, sy nak minta bantuan ,sy megenali teman lelaki saya mengalami penyakit major depression ,sy amat buntu dia masih bekerja sebagai tentera laut ,dan dia berterus terang dia pernah dimasukkan kedalam hospital mental selama seminggu, dan sekarang masih mengambil ubat untuk teruskan kehidupan, sy ingin membantu dia menjalani kehidupan dia seprti biasa ,apa yg harus sy lakukan ,dan apakah tahap kritikal penyakit dia saya harus tahu..bantulah saya..
dan kalu boleh hubungi sy,,sy akan hubungi balik 0132380359