Mencari Mardhatillah 46



Penat. Inilah perkataan negative yang sering hadir dalam pemikiranku. Layakkah aku untuk penat dan berputus asa? Bukankah kita adalah hamba? Kita sepatutnya harus bersyukur dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah kepada kita.

Malam ini aku penat kerana tidak dapat tidur. Pihak doctor PSY HSB sudah tidak mahu memberikan Stilnox lagi kepadaku kerana aku sering mengambil Stilnox secara berlebihan. Tetapi kali ini datang pula dalam fikiranku untuk mengambil Zydis dan Cymbalta kesemuanya untuk membolehkan aku tidur dan tidak lagi memikirkan pelbagai masalah. Oleh kerana aku menjaga kedua anak saudaraku, aku membatalkan niatku kerana aku telah diamanahkan untuk menjaga mereka.

7 tahun aku harus lalui kehidupan yang sangat mencabar. Mencabar buat aku. Mungkin tidak bagi orang lain. Ketika lemah, aku sering pesimis memandang kehidupan. Aku bersyukur kerana mempunyai Puan Azlina, Dr Tuti dan Dr Syakeer. Merekalah yang membantu aku memberi semangat untuk aku teruskan kehidupan.

Ya Allah, Kau berilah aku jalan yang mudah untuk aku teruskan perjalanan hidup ini. Dalam mencari redhaMu, pelbagai rintangan dan cabaran yang harus aku lalui. Tapi aku sedar bahawa tidak semua orang akan diuji untuk melalui perkara yang sama. Aku kini cuba sedaya upaya untuk optimis dan terus berusaha untuk sembuh. Semuanya yang berlaku atas kehendakMu. Aku redha. Cuma kadang-kadang datang bisikan syaitan untuk memesongkan pemikiranku.

4 comments:

Unknown said...

Salam, saya juga pesakit bipolar disoder type II, saya baru confirm diagnose dalam bulan Oktober tahun ini, saya mengalami kemeurungan, depression, negative thought, even dah jumpa pakar motivasi negara yang paling hebat, saya bersemangat awalnya tapi saya x leh apply, sgt x faham, kritik diri ini, why sekarang jadi macam ni? situasi saya berbeza, saya seorang dokror prgigian yang sedang membuat master dalam tahun 3, kritikal time, tahun ni saya ada Part II exam, just 2 more years nak jadi pakar... suami, kata saya lemah semangat, lemah iman, everthing make me mor depressed, sume salah my self, ni saya adalah masalah sikap ke? dia x rasa yang saya anxiety tahap melapau, resah lps bangun tidur smpi gigil rasa mcm nak mati... my friends sume bg motivasi, but jd roti basi coz i cannot move on... ibarat kereta mewah tapi enjin rosak, saya doktor I know I'm sick, thus saya sendiri jumpa pakar pskiatrik Prof Husin Habil di UMSC (pi private wings) coz tak nak my lecturer, medical or dental colleague tau that saya peaakit mental.. dia diagnose saya sakit bipolar, mmg x de magic kan? as pesakit kita nak sembuh segera, nak ada magic motvation booser yang kuat utk buat ape sahaja.. sy mkn ubat for 2 mnths, but my depression jd sgt severe, prof saran ECt, tp dia warak, da bagi saya buku yg patient dia hadiahkan padannya dan ckp pesakitnya lg teruk tp refuse ECT kerana dia amalkan ini. BUKU tu bertajuk Terapi diri dengan solat tahajud. saya MC 1bulan, suami saya suh wat ECT, saya mula2 cuak, tp dlm hati, ikhtiarlah mana tahu sembuh, saya msk wad 2 malam, oh...nightmare...saya bersyukur saya dalah org y plg waras dlm wad tu, menyesalnye msk wad ni, teruknya depression diorang, aku ni kena bersyukur byk2 masih ada akal.. tp redha & tekad dah msk wad ni, buat jela ECt, dlam dir" this is my first & last amsuk ni, sumpahle..nak msk sini blk" ditakdirkan, masa nak queque & my husband nk sign conset prof ckp pakar bius x de 2 minggu ni, so kalo baut ari ni mmg x effetive, kena tunggu 2 mingu lg smbg sbb kena complete 6x ect, so kena extra duk sini lagi 2 minggu....what???? oh no... prof cakap he suggest blk rumah then comebak lg 2 minggu... ok22, blk rmh...aku rasa lagi sihat daripada duk wad ni, but nak wat ECT ke??? prof bg 2 week MC, aku ckp prof i try mkn ubat study sendiri kat umah, tobat saya nk duk wad tu, okla..kena ingat mkn ubat, rasa tenang, tapi saya macam kosong222... x leh setting goal, x leh wat keputusan, tenang cam blank, x de motivasi nak belajar, tp dah waktu critcal n by dateline... hahhhh... hanya pada Allah aku berdoa, menagis & mohon petunjuk, memang rasa seluruh manusia di alam ini kecuali pskiatris tau faham aku rasa (tp diorg pun x penah rasa merananya)...hopeless kan?? even husband pun asyik salahkan kita yg x mkn ubat, hello saya dah nak overdose ni.. konon nak cepat baik.... ok, thanx, saya jumpa org yang macam saya, org nampak sihat tp mental sdikkit x sihat, ras ank duk planet lain je...

Raja Azliza said...

Untuk sembuh, ambil masa. utk sembuh yg cepat buat ECT. saya ECT sejak 2008. Sejak 2012, saya buat ECT tiap2 bulan yang dipanggil maintenance ECT. rasanya keadaan saya lg teruk saya diberhentikan sbb sakit mental ni. sampai saat ini pakar masih try ubat2 utk saya since 2006. ubat terbaru lamotrigine. yg lain lithium, zydis dan cymbalta.

Unknown said...

Saya pon kerja medical background. Tapi dah terkantoi sakit bipolar type 2. Lepas kantoi hidup jadi disaster...tapi nak buat macam mane, hidup mesti diteruskan.. :)

sitinurazani said...

Me too.. haha. Hurm... sy rasa bila makan ubat tu keadaan sy bertambah teruk n depressed... so sy stop ubat yg Dr PSY bg tu sendiri dan praktis cara hidup yg lebih sihat... everytime jumpa Dr Psy.. sy mula rasa stress...plus nasihat yg doktor bg tu... sgt la x membantu..

better lg jumpa murabbiah and akhwat sy.... rasa lebih release dan lapang dada ;)

Baca quran lagi best... aman je jiwa......alhamdulilllah..

x nafi kadang tetiba rasa x best je hidup ni...kadang pula tragedi hitam masa lampau duk terbayang2... Allah je tahu apa yg sy rasa.. kadang rasa takut nk teruskan hidup...

apapun... hidup mesti diteruskan ;)