Mencari Mardhatillah 26

Sangat beruntung berada dalam jamaah. Sokongan dari akhawat senantiasa ada. Cuma syaitan yang selalu memutar belitkan fakta dan keadaan. Kehadiran Min, Feza, Azreen dan Umairah memberi suntikan semangat untuk melawan fikiran negative yang telah lama bersarang dalam otak. Yer lah, dah 30 tahun. Banyak cara fikir yang salah dan fikiran negative telah di develop dan sebati dalam fikiran. Amat sukar untuk mengubah. CBT yang telah diajarkan aku dah lupa sebab ECT. Sakit kali ni telah menimbulkan idea untuk buat ECT lagi. Side effect lupa tu abaikan je. Sebab menurut kajian. Ingatan yang lupa tu akan kembali. Cuma kes aku je ingatan tu tak kembali. Mungkin memang takdir Allah ingin aku melupakan perkara yang dah lepas.


Basmin dan Kak Aini jalankan bisnes supplement. Dan memang ada ubat untuk bipolar depression jugak. Aku nak makan. Mama pun setuju dan nak bagi duit untuk beli ubat tu. Cuma tunggu approval Dr je….Approve ke tak, aku nak makan jugak. Sebab ini untuk kesihatan aku. Aku berhak decide.


Ini kali kedua aku diberhentikan sebab ada penyakit Bipolar ni. Awalnya aku merasakan sangat depress kerana adakah orang yang sakit macam aku tak ada peluang untuk bekerja dan meneruskan kehidupan macam biasa. Tiada ruang dan peluang diberikan. Kami seperti dipinggirkan dan pastinya proses penyembuhan akan melalui fasa yang sukar kerana tiada sokongan dari masyarakat.


Tak per lah. Bukan rezeki aku di Hira’. Allah dah tetapkan semua ini berlaku. Mungkin rezeki aku di tempat lain walaupun bukan dengan jamaah. Khidmat aku tak diperlukan dalam jamaah kerana aku berpenyakit. Niat aku nak menginfakkan diri untuk Islam, tapi mungkin Allah tak izin. Aku tak sesuai. Mungkin masih ada perkara yang tak elok dalam diri aku. Especially negative thought.


Aku hanya mampu merintih, berdoa dan bermohon kepada Allah agar aku kembali pulih. Kepulihan semetara aku aritu sangat menggembirakan aku. Sehingga aku boleh bekerja selama 5 bulan lebih. Tapi tiba-tiba, tanpa sebab dan isyarat, aku kembali depress. Aku tak tahu kenapa aku depress. Tiba-tiba je. Semua ni Allah dah aturkan. Kata Basmin, Nabi Ayub pun diuji. Tak semestinya baginda banyak dosa maka Allah mengujinya. Apatah aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

No comments: