Mencari Mardhatillah 17

Aku kini dalam perjalanan dari Arau ke Klang menaiki keratapi bersama papa dan mama. Semalam, aku berjumpa dengan Dr Salwa. Lega rasanya. Tapi yang tak bestnya, Dr Salwa menambah lagi satu AD – Dothiepin Hcl sebanyak 50mg. Banyak tu. Dr kata ubat baru ni bertindak pada reseptor lain. Dr Salwa juga menyuruh aku melakukan aktiviti dalam MoodGym. Lepas buat questionnaire tu, print result dan bawa jumpa Dr Salwa minggu depan. Appoinment selang seminggu sebab Dr Salwa nak tengok kesan ubat baru tu pada aku.

Selain tu aku juga request nak buat ECT atas sebab aku nak lupakan peristiwa aku diberhentikan dari Vads. Buat ECT….sure ke Allah akan delete memory tu?? ECT sebelum ni pun Allah delete certain memory je…tapi aku boleh doa kan?? Impact yang besar juga pada aku tentang diberhentikan ni. Pengalaman pertama aku. Baru berkhidmat baru 4 hari. Sedihnya Allah sahaja yang tahu. Aku hanya mampu pasrah dan berdoa pada Allah. Allah masih mahu mengujiku. Mungkin juga tempat tu tak sesuai dengan aku walaupun aku benar-benar suka akan kerja ni malah telah memasang cita-cita untuk tidak terus berada di tahap CSR. Tapi semua ni perancangan Allah. Allah adalah sebaik-baik perancang. DIA merancang yang terbaik buatku. Dia Maha mengetahui. Dia Maha penyayang. Takkan dia akan rancang dan lakukan sesuatu yang buruk untukku. Itu adalah mustahil!

Nampaknya aku dah boleh terima hakikat aku dah tidak lagi bekerja dengan Vads di Komtar. Mungkin sesuatu yang kita suka tu Allah benci dan mungkin sesuatu yang Allah benci tetapi sebenarnya baik untuk kita. Allah juga menguji hambanya sesuai dengan keupayaan seseorang hambanya. Ya ALLAH, ampunkan aku kerana sebelum ini aku tidak bersyukur dan redha akan takdirmu. Ini merupakan Qada’ dan Qadar dariMU. Ini juga merupakan keimanan kita kepada rukun Iman yang keenam.

2 comments:

ustaz eds said...

salam
kadang2 kita mengaku mencari keredhaan Allah...namun apa yang kita lakukan jauh dari untuk mendapat keredhaanNYA.
Pandangan saya...dalamilah ilmu agama step by step...begitu juga dalam kita nak mengamalkanya.Tak boleh kita nak terlampau drastik.
Bermunajat padaNYA selalu untuk memulihkan penyakit ini. InsyaAllah..makin dekat kta padaNYA, tiada satu apa pun akan dapat memudaratkan diri kita.

Raja Azliza said...

Jazakallahu khair atas komen. Dalam proses nak dalami ilmu agamalah tetiba saya diuji. Rasa sedih dan kecewa pada mulanya, tapi kini rasa istimewa dipilih Allah utk diuji dgn ujian ini...tak semua Allah uji. Tapi sedar akan diuji juga satu keberuntungan.....lagipun...kita nak berbisnes dengan Allah dengan bisnes yang tak kan rugi seperti dalam surah As-Saff ayat 10.....