Mencari Mardhatillah 24

Aku ditakdirkan untuk berkhidmat sebagai guru tadika. Aku diamanahkan untuk mengajar dan menjaga kanak-kanak berusia 4 tahun. Tarbiyah apakah lagi yang Allah rancang untukku? Kali ini, aku belum mengalami apa-apa simptom yang boleh membuatkan aku sakit kembali. Alhamdulillah kerana tiada tekanan yang teruk yang boleh menyebabkan aku kembali sakit. Aku gembira. Telatah kanak-kanak di tadika amat mencuit hati. Tidak sampai hati untuk memarahi mereka tatkala mereka melakukan kesalahan kerana mereka masih suci. Mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa. Kitalah yang bakal mencorakkannya. Amat besar sebenar tanggungjawab dan tugasku. Ya Allah, berikanlah ku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Perjalanan dalam mencari redhamu.




2 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

wah, seronoknya kak raja...msti trus awet muda pasni.

Raja Azliza said...

awet muda? memang dh awet muda pun. huhu. Awak MH sama ngan Ruqaiyah Khairuddin ke? Napa la akak lupa ek? tension betul!!!!