Mencari Mardhatillah 23


Malam ni aku akan kembali berangkat ke kampung halaman setelah hampir seminggu bermusafir di Selangor. Papa dan mama serta maksu telah selamat sampai ke Tanah Haram. Mereka terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Aku akan meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa mama dan papa untuk tempoh lebih dari sebulan.

Sedikit sedih kerana aku tidak terpilih untuk turut menjadi tetamuNya. Mungkinkah Allah tak mahu menerima aku menjadi tetamuNya? Adakah aku tak layak maka aku tidak diterima? Mungkin juga ilmu dan amal aku tidak cukup lagi untuk aku turut terpilih? Pelbagai persoalan muncul di mindaku. Ya Allah, Kau Maha Mengetahui apa yang Kau aturkan untuk aku. Tinggalnya aku seorang tanpa mama dan papa adalah sebahagian dari tarbiyah dari Allah. Allah mahu menguji sejauh mana aku mampu bersabar dan terus tsabat di jalanNya.

Aku juga tak diterima bekerja oleh ikhwah dalam satu syarikat jamaah. Adakah kerana aku pesakit mental maka aku tak diterima? Sekiranya itulah sebabnya, ini merupakan satu diskriminasi. Adakah pesakit mental tidak layak untuk turut menyumbang? Kalau begitulah keadaannya, bagaimana pesakit mental seperti aku akan sembuh? Kami tidak diberi peluang dan ruang untuk kembali berkhidmat. Sebelum tamat belajar dulu lagi aku berniat untuk berkhidmat untuk jamaah, tapi tiada ruang dan peluang diberi untuk aku kerana aku didiagnos sebagai seorang pesakit Bipolar.

Sebenarnya aku masih belum sembuh rasanya. Terdapat banyak symptom yang disebutkan oleh Prof Maniam dalam article Metro Ahad lepas masih ada pada diriku. Aku menyangkakan bahawa aku sudah sembuh. Aku mahu mengurangkan dos ubat yang aku makan. Kalau boleh, nak berhenti terus. Tapi……..yang Prof Maniam sebut tu symptom kemurungan. Aku bukan kemurungan tetapi Bipolar. Kenapa symptom kemurungan ada pada aku?

Inilah nasib aku. Allah tak nak terima aku. Ikhwah juga tak nak terima aku. Siapakah yang sudi menerima aku? Basmin? Hanya dia yang masih bersabar dengan kerenah aku. Akhawat lain? Seorang sahabat yang aku anggap seperti saudara aku sendiri turut tidak sudi menerima aku seadanya. Setelah aku diuji, tak ramai yang sudi memahami, membantu dan menerima aku. Aku tak punya sesiapa selain Makcik Su, Kak Azlina dan Basmin. Aku bersyukur pada Allah kerana Allah mengirimkan mereka pada aku. Tanpa mereka aku tak pasti aku mampu teruskan kehidupan atau tak.

Ampunkan aku Ya Allah……..


No comments: