2:286 - Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Doa mereka ialah): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya kami memikulnya. Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaun-kaun yang kafir
Mencari Mardhatillah 30
Aku seharusnya bersyukur dengan kehidupan ini. Tiada sebab aku perlu menangis dan berputus asa kerana ramai yang menyayangi aku. Entah kenapa mood aku berubah begitu cepat. Malam semalam sehingga petang tadi, aku depress dan menangis tentang nasib aku. Tetapi lepas aku solat Asar dan baca Mathurat, aku lega. Aku kembali positif dan optimis. Dan sekarang, Sakinah kata aku manic.
Hah! Macam mana tu?? Tu semuakan perancangan Allah. Masa depress mungkin aku terpengaruh dengan bisikan syaitan. Dan sekarang aku kembali stabil. Tapi yang tak bestnya bila Staff Nurse panggil MO aku petang tadi sebab aku menangis. Lalu dia telah upkan Anti-depressant aku. Tak suka!!
Aku perlu lebih mengingati penciptaku. Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Ujian ini tanda kasih sayangNya. Adanya Sakinah dalam wad ni pun kami saling kuat-menguatkan. Masing-masing dengan simptom masing-masing. Dengan ujian yang sesuai dengan kemampuan kami.
7 tahun melalui liku-liku sebagai pesakit Bipolar tidak terlalu lama berbanding ujian pada Nabi Nuh yang berdakwah beratus tahun pada umatnya. Walaupun aku bukan Nabi tapi aku boleh menjadikan Kisah Nabi-Nabi yang diceritakan dalam A-Quran sebagai motivasi. Lagu-lagu nasyid dalam blog aku juga aku jadikan motivasi untuk aku mencari redha Allah.
Thiqah kepada Allah
Kenapa kita perlu Thiqah pada Allah:
- Allah tidak akan mensia-siakan balasan orang yang beramal soleh.
- Tunaikanlah kewajipan kita dan pohonlah hak kita.
- Ambillah asbab ( sebab-sebab yang perlu dilaksanakan untuk mencapai sesuatu perkara) sewajarnya dan hasilnya terserah kepada Allah
Teman Sejati
Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Motivasi Unggul 13 - Ukhuwah
Ukhuwah
Aku merasakan sangat manis berukhwah atas sesama Islam. Entah kenapa aku merasakan ikatan ukhuwah aku dengan akhawat di dalam jamaah mengatasi ikatan ukhuwah persaudaraan atau ikatan darah.
Salahkah pandangan aku? Aku mempunyai ukhti yang sangat sabar berukhuwah dengan aku. Aku mengenalinya sebelum aku didiagnos Bipolar. Setelah bergelar pesakit mental ukhti ini masih bersabar melayan kerenah aku sehingga sekarang. Aku sangat menyayanginya. Aku senantiasa mengingatinya. Ukhti ini sentiasa ada dimasa susah dan senang aku.
Kini dia sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Dengan itu aku perlu buat sedikit adjustment dan aku rasa ok. Dia tetap sahabatku dunia akhirat. Dia masih boleh membantu aku dalam pelbagai cara. Dengan adanya teknologi sekarang, nothing is impossible.
Semoga ikatan ukhuwah ini membawa ke syurga.
Mencari Mardhatillah 29
Allah masih ingin terus menguji aku sehingga aku "Penat". Hampir 7 tahun aku melalui liku-liku sebagai pesakit Bipolar II Mood Disorder. Hanya orang yang mengalaminya sahaja akan faham. Family dan orang sekeliling takkan faham kerana mereka tak mangalaminya.
Persoalannya di sini, adakah Staff Nurse, MO, Pakar Psikiatri, Kaunselor dan Clinical Psychologist faham apa yang kami para pesakit mental alami dan lalui. Setelah hari ini, aku luahkan pada MO, Staff Nurse, Medical Student dan Pakar, mereka hanya mendengar.
Tak tahu kenapa hari ini aku menjadi "Penat" Adakah aku sudah berputus asa? Cycle yang sama berulang sejak 2006. Akhawat sendiri enggan menggaji aku untuk bekerja dengan mereka kerana aku bergelar pesakit mental. Bilakah episode ini akan berakhir? Adakah sehingga aku menghembuskan nafas terakhir?
Kini aku sedar bahawa manusia sekeliling takkan faham sepenuhnya. Hanya Pencipta kita iaitu Allah yang Maha Agung yang faham kenapa perancangannya sebegini. Semuanya ada sebab. Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
MAKA, AKU HARUS BERTEKAD UNTUK TERUS BERJUANG MELAWAN PENYAKITKU DENGAN BANTUAN PAKAR DAN CLINICAL PSYCHOLOGIST. KELUARGA HARUS SUPPORT UNTUK BERI KEKUATAN. YA ALLAH KAU BERKATILAH USAHAKU INI.
Subscribe to:
Posts (Atom)
