Mencari Mardhatillah 23


Malam ni aku akan kembali berangkat ke kampung halaman setelah hampir seminggu bermusafir di Selangor. Papa dan mama serta maksu telah selamat sampai ke Tanah Haram. Mereka terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Aku akan meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa mama dan papa untuk tempoh lebih dari sebulan.

Sedikit sedih kerana aku tidak terpilih untuk turut menjadi tetamuNya. Mungkinkah Allah tak mahu menerima aku menjadi tetamuNya? Adakah aku tak layak maka aku tidak diterima? Mungkin juga ilmu dan amal aku tidak cukup lagi untuk aku turut terpilih? Pelbagai persoalan muncul di mindaku. Ya Allah, Kau Maha Mengetahui apa yang Kau aturkan untuk aku. Tinggalnya aku seorang tanpa mama dan papa adalah sebahagian dari tarbiyah dari Allah. Allah mahu menguji sejauh mana aku mampu bersabar dan terus tsabat di jalanNya.

Aku juga tak diterima bekerja oleh ikhwah dalam satu syarikat jamaah. Adakah kerana aku pesakit mental maka aku tak diterima? Sekiranya itulah sebabnya, ini merupakan satu diskriminasi. Adakah pesakit mental tidak layak untuk turut menyumbang? Kalau begitulah keadaannya, bagaimana pesakit mental seperti aku akan sembuh? Kami tidak diberi peluang dan ruang untuk kembali berkhidmat. Sebelum tamat belajar dulu lagi aku berniat untuk berkhidmat untuk jamaah, tapi tiada ruang dan peluang diberi untuk aku kerana aku didiagnos sebagai seorang pesakit Bipolar.

Sebenarnya aku masih belum sembuh rasanya. Terdapat banyak symptom yang disebutkan oleh Prof Maniam dalam article Metro Ahad lepas masih ada pada diriku. Aku menyangkakan bahawa aku sudah sembuh. Aku mahu mengurangkan dos ubat yang aku makan. Kalau boleh, nak berhenti terus. Tapi……..yang Prof Maniam sebut tu symptom kemurungan. Aku bukan kemurungan tetapi Bipolar. Kenapa symptom kemurungan ada pada aku?

Inilah nasib aku. Allah tak nak terima aku. Ikhwah juga tak nak terima aku. Siapakah yang sudi menerima aku? Basmin? Hanya dia yang masih bersabar dengan kerenah aku. Akhawat lain? Seorang sahabat yang aku anggap seperti saudara aku sendiri turut tidak sudi menerima aku seadanya. Setelah aku diuji, tak ramai yang sudi memahami, membantu dan menerima aku. Aku tak punya sesiapa selain Makcik Su, Kak Azlina dan Basmin. Aku bersyukur pada Allah kerana Allah mengirimkan mereka pada aku. Tanpa mereka aku tak pasti aku mampu teruskan kehidupan atau tak.

Ampunkan aku Ya Allah……..


Motivasi Unggul 11 - Sabar dalam Al-Quran

2. Al Baqarah: 45. Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,

2. Al Baqarah: 153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

2. Al Baqarah: 155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

8. Al Anfaal: 66. Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

32. As Sajdah: 24. Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.

33. Al Ahzab: 35. Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

31. Luqman: 31. Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur.

13. Ar Ra’d: 22. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

70. Al Ma´aarij: 5. Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.

3. Ali ‘Imran: 17. (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.

41. Fushshilat: 35. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.

Mencari Mardhatillah 22

Sakit Bipolar adalah sejenis penyakit mental. Kata Doktor, penyakit ini juga seperti penyakit lain seperti buah pinggang, jantung, darah tinggi dan sebagainya. Ia juga memerlukan rawatan dan ubat. Ianya perlu dirawat untuk sembuh. Seperti yang kita tahu, setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting, kita wajib berusaha untuk mengubati penyakit yang kita hadapi supaya Allah memberkati dan menyembuhkan kita. Selepas berusaha, seterusnya berdoa dan berserahlah kepada Allah sepenuhnya.

Entah kenapa hari ini aku ragu-ragu dan malas makan ubat. Memandangkan keadaan aku pun sudah sembuh, ini menambahkan lagi sebab kenapa aku semakin malas makan ubat. Aku rasa better esok aku pi bincang dengan Dr Sham la kan….

Kak Azlina kata, apabila aku stabil dan sembuh, sekurang-kurangnya aku kena makan ubat selama 2 tahun lagi dalam keadaan aku sihat dan sembuh. 2 tahun tu agak lama. Apa kata aku cuba kurang sedikit demi sedikit? Doktor pun cakap yang setiap pesakit tak sama. Macam aku, diagnos awal depression. Bagi AD tak jalan…..kemudian diagnos aku bertukar kepada bipolar dan diberi AP, baru nampak ada perubahan, kata kak Azlina, kalau tak keadaan aku teruk. Sangat banyak negative though yang mengganggu aku dan juga sentiasa pesimis memandang kehidupan.

Kini, aku tak kisah sekiranya kawan atau orang lain tau yang aku merupakan seorang pesakit mental. Pesakit mental bukan semestinya gila. Orang nampak bila sakit mental ni mesti gila. Apabila seseorang itu gila, dia sudah tidak lagi wajib melakukan ibadat dan hilang pertanggungjawaban ke atasnya. Tapi Bipolar bukan begitu. Sakit bipolar, tetap kena solat seperti orang lain yang sihat.

Sekarang, aku juga berhasrat untuk mendalami ilmu psychology. Aku ingin lebih memahami diri aku dan juga orang lain. Ini bertujuan supaya suatu hari, aku pula boleh jadi seperti kak Azlina dan bantu pesakit mental lain dan merawat mereka untuk optimis dan yakin yang penyakit ini boleh sembuh sekiranya dirawat lebih awal dan dengan menjalani rawatan yang betul. Ya Allah, kau bantulah aku dan berkatilah usahaku yang tak seberapa ini.

Renungan bersama 16

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain

Tidak sempurna iman melainkan mencintai SAHABAT kamu sebagaimana mencintai dirimu sendiri

Diantara amal jariah yang paling besar adalah DAKWAH ILALLAH (Jalan kepada Allah-Mujahadah-susah payah)

Mencari Mardhatillah 21

Alhamdulillah. Aku rasa semakin sembuh. Tahun ini tak banyak isu yang timbul. Ini menunjukkan perubahan positif terhadap diriku. Syukur kupanjatkan pada Ilahi. Ini berkat kebergantungan ku pada Yang Maha Esa dan juga sokongan dan bantuan akhawat yang tak jemu membantu aku. Sangat bersyukur. Sukar aku gambarkan perasaanku. Harapanku, keadaan ini akan berterusan dan terus bertambah baik.

Tadi, makcik Su bagi Sepia 200c. Lepas lunch dengan makcik, terus ke Bangi untuk jumpa kak Azlina. Sukar aku luahkan perasaanku terhadap makcik Su dan kak Azlina. Mereka tak jemu-jemu membantu aku. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki dan mudahkan segala urusan mereka yang senantiasa bersama aku. Yang turut menyayangi aku. Yang terus berada di samping aku. Walaupun mereka jauh di KL, tapi sebenarnya mereka dekat di hati aku. Akan aku amalkan apa yang telah makcik Su dan kak Azlina ajarkan padaku.

Last week, aku juga jumpa akhawat di Pejabat JIM. Makcik Faridah begitu seronok berjumpa dengan aku. Dia juga di antara akhawat yang bersama aku ketika keadaan aku tidak stabil dulu. Sungguh indah hidup berukhuwah. Moga semua akhawat yang bersama aku di dunia akan ditemukan kembali di syurga Ilahi. Ameen.

Jalan Dakwah

dari barisan usrah
dan dari umbi tarbiah
muncullah sinaran fikrah
islah terus meniti masa
dari dewan selesa
ke jalan yang berhaba
pejuang keadilan dan
penjulang kebenaran
bersama islam
membina ummah
usaha daulatkan syariah
agar hidup penuh barakah
di dalam sedih dan ketawa
di dalam susah dan mewah
tetap teguh iman dan taqwa
sehati sejiwa dulu kini selamanya
walau apa yang melanda
hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi
teguhkan iman kami
moga tabah hati
tak berbelah bagi
berbekalkan islam
membina masyarakat
membentuk umat insan sejagat
setiap mehnah
pastinya ada hikmah
berbaik sangka pada yang Esa
Rasulullah contoh ikutan
prinsip syura jadikan amalan
korban masa tenaga kita
dan fikiran perkasakan maruah kita..

Renungan bersama 15

Bermula penyatuan sesama ummat
adalah dengan melakukan
sesuatu kebaikan bersama.
Tempat penyatuan yang
paling baik adalah di masjid.

Jangan terlalu ghairah menabur amal
hingga keperluan diri diabaikan,
bila fitnah datang mengundang
maka runtuh segala kebaikan.

Amat rugi membuat pelaburan
di dunia andai keuntungannya
membajai nafsu ammarah dan
menjauhkan diri daripada Allah