Mencari Mardhatillah 4

Zikir. Doa. Itu yang aku harus lakukan dalam mengubati diriku. Aku tak boleh putus asa untuk berdoa. Aku tak boleh berputus asa dengan rahmat Allah. Ya Allah, Kau berkatilah usaha-usahaku dalam menyembuhkan diriku ini.

Usrah minggu ni Alhamdulillah. Aku dah tak rasa macam minggu lepas. Minggu lepas, aku menangis dalam usrah bila terkongsikan tentang pengalaman diriku. Aku dapat lupakannya. Allah masih sayang padaku.Seingat aku, aku banyak melakukan kesilapan sewaktu aku depress sesangat dulu. Aku seolah-olah telah berputus asa dalam mengharungi liku-liku hidup. Walaupun, pada waktu itu aku telahpun berada dalam sistem tarbiyah. Tarbiyah yang dirancang oleh Allah. Aku perolehinya sewaktu belajar di Uniten. Kemudian, waktu bekerja d UKM, aku masih berada dalam system tarbiyah. Selepas itu, penerusan tarbiyah aku seterusnya aku lalui di Segamat. Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik penyakit yang kuhidapi ini. Ada hikmah barangkali yang tersembunyi di sebalik Bipolar yang kualami ini. Hikmah itu masih belum dapat aku teroka. ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUINYA. Orang di sekeliling pun tak kan tahu. Ahli keluarga dan kerabatku juga tak tahu. Mereka hanya boleh menghakiminya. Pelbagai tanggapan aku telah lalui.

Ehm….semasa aku sedih selepas usrah minggu lepas, ia menyebabkan aku rindu pada Kak Azlina dan Dr Tuti. Mereka sahaja yang aku rasa faham apa yang aku rasai, lalui dan hadapi. Tapi, takdir telah menentukan yang mereka telah terbang jauh dari Malaysia. Aku hanya boleh berhubung melalui emel.

Jangan compare dulu dan sekarang!!! ALLAH IS ALWAYS NEAR n WITH ME!! People can come n go but ALLAH IS THERE TO BE WITH ME!


Renungan bersama 1


Kawan mencermin kehidupan kita
Berkawanlah dengan mereka yang boleh
membimbing dan membawa kita
kepada Taqwa dan keredhaan Allah

Sebaik-baik muhasabah diri
adalah dengan merenung
kelemahan, kekurangan dan
dosa-dosa lalu dengan
Istighfar dan Bersyukur
kerana masih diberi waktu untuk bertaubat

Mencari Mardhatillah 3

Kini, aku hanya berehat kat rumah tanpa melakukan apa-apa. Sebab aku tak buat apa-apalah yang membuatkan aku depress sekarang. Aku rasa diri aku tak sama macam orang lain. Aku sepatutnya bekerja dan membantu mama dan papa. Bukannya mama dan papa yang menanggung aku. Kawan-kawan yang sebaya aku semuanya bekerja. Aku nak bekerja pun bukanlah sebab duit. Tapi nak berkhidmat dan nak menjadi macam individu lain.

Makcik Su kata, ramai je graduan yang tak bekerja. So what? But for me…tak bekerja membebankan! Kemana saja aku pergi, orang akan tanya: buat apa sekarang? Keje apa?? Dan amat susah bagi aku untuk menjawab yang aku hanya duduk di rumah. Tapi hakikatnya memang aku hanya dok rumah!

Memang diri aku orang yang agak useless la rasanya. Jeles aku tengok akhawat di kulim aitu. Mereka mempunyai kerjaya masing-masing. Di samping tu, mereka tetap aktif dalam program-program daerah. Aku?? Kerjaya tak ada sejak sakit! Tu pun baru join balik usrah. Usrah jer…. Kenapa aku jadi macam sekarang? Kenapa keadaan aku tak macam dulu? Sebelum sakit? Sakit telah membantutkan banyak perkara. Yang utama adalah kerjaya dan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Kerjaya tak ada. Kerja kemasyarakatan pun tak buat. Nasib baik aku pergi jugak kulim last week. At least aku terlibat jugak dalam aktiviti kemasyarakatan. Terutamanya membawa dan mendekatkan Islam pada anak-anak yatim tu. Sayu hati aku nak meninggalkan mereka. Ada yang mengharapkan aku datang lagi menjenguk mereka. Kan best kalau aku dapat buat lagi macam tu. Terasa jugak bila aku join tu macam apa yang aku buat di Segamat dulu. Terlibat dengan remaja.

Jangan compare diri aku sekarang dan dulu. Itu adalah nasihat yang ditujukan untuk aku supaya aku tak sedih. Kenapa susah sangat nak buat? Terima diri seadanya. Sedaya upaya cuba jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Aku rasa sekarang….hari ini lebih buruk dari hari-hari semalam sebab aku hanya dok di rumah. Adakah aku harus berterus terang apabila ada yang bertanya….apa aku buat sekarang?? Dah abis belajar?? Tak keje? N juga sakit dan tak bekerja seperti aku. Tapi N sakit fizikal! Orang nampak yang dia sakit! Seingat aku, dia sakit buah pinggang. Aku?? Bipolar…. Apa itu bipolar? Ya Allah… kenapa aku asyik fikir tentang dulu-dulu? Dulu aku sihat….. sebab tu dulu boleh. Sekarang, tak boleh sebab aku sakit. Tapi sakit ni Kau jugak yang beri…. Kenapa Kau beri hanya Kau yang mengetahui. Aku masih belum tahu jawapannya. Tapi…. Aku sedih menjadi seorang pesakit Bipolar Jangan asyik compare diri yang dulu….diri yang sihat dengan diri yang sekarang. Kenapa dengan jiwa aku. Jangan layan bisikan syaitan. Baca An-Nas. Stop from thinking negative dengan teknik pernafasan dan EFT. Redha dengan ketentuan Ilahi. Ingat surah Alam-Nasyrah…..sesudah kesulitan ada kemudahan. Insha Allah…. Setelah aku lalui kesusahan dan kepayahan ini, akan ada kemudahan yang menyusul. Aku hanya perlu bersabar. Tapi….susah nak sabar! Bila kemudahan tu nak datang? Allah sahaja yang mengetahui. Dia masih mahu menguji aku. Tapi sampai bila?? Sampai aku mati? Aku tak mau mati dalam keadaan yang tak redha dengan qada dan qadar Allah. Aku seboleh-bolehnya nak redha seperti yang MS cakapkan aritu…. Entahlah. Apa nak jadi dengan diriku? Masih mempersoalkan apa yang diaturkan Allah. Ampunkanlah aku Ya Allah.

Segenggam sahaja? Tak cukup....lebih!!

Segenggam Tabah - Inteam


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau beban luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya ..

Mencari Mardhatillah 2

Mungkin juga aku belum sembuh kerana Allah masih nak tengok sejauh mana aku bersabar dengan ujian yang diberikan. Tapi aku merasakan ujian ini terlalu berat untuk aku. Iman aku tak cukup untuk redha dengan ujian ni. Kadang-kadang aku redha dengan ujian ni. Tapi bila aku tengah down sangat, aku seperti tidak redha diuji dengan penyakit ni. Aku telah berusaha untuk mengubatinya dengan berjumpa dengan pakar. Aku mendapat khidmat nasihat dan mendapat ubat-ubatan. Tetapi….dah hampir 3 tahun aku melalui liku-liku sebagai seorang pesakit bipolar. Aku tak jugak sembuh-sembuh. Aku seperti tak der doa lain nak pohon selain pohon pada Allah kesembuhan dari penyakit Bipolar ni. Itu yang aku pohon 5 kali sehari dalam solat. Itu juga yang aku pohon dalam solat hajatku. Bila hujan lebat, kesembuhan jugak yang aku pohon. Bila bermusafir kesembuhan juga yang aku pohon.Dah tak de doa lain yang nak dipohon. Aku tak tau bila Allah nak kabulkan permohonan aku.

Aku merasakan 3 tahun tu dah terlalu lama. Bila aku down, aku seperti give up dengan usaha-usaha aku terutamanya dengan ubat-ubatan moden. Dah lama makan ubat tapi tetap macam ni. Jumpa doctor sekurang-kurangnya sebulan sekali tapi masih macam ni. Adakah Allah akan kabulkan permohonan aku ni di akhirat kelak?? Adakah kebahagian dan ketenangan hanya akan diperolehi di akhirat nanti??Allah sahaja yang tahu. Sanggupkah aku menunggu sehingga di akhirat?? Aku bukan nabi atau rasul. Aku hanya seorang hamba yang hina. Nabi dan Rasul adalah orang yang paling banyak diuji. Aku dengan ujian yang kecil ni pun dah give up. Ujian harus dilalui dengan sabar dan tabah. Sirah patut dijadikan panduan dalam menghadapi apa jua situasi.

Aku dah tak ingat kenapa aku sakit dan macam mana aku sakit sebab aku telah lalui ECT yang kononnya dapat menyembuhkan aku….Aku lupa banyak sangat perkara akibat ECT. Aku merasakan aku seolah-olah seperti seorang yang hilang ingatan. Atau adakah aku lupa ni kerana Allah telah kabulkan permintaan aku? Sewaktu aku depress sangat dulu, aku sendiri yang mintak dijalankan ECT agar aku dapat melupakan semuanya. Entahlah. Allah sahaja yang tahu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Apa yang berlaku adalah ketetapan Allah. Kata makcik Su, Allah ingin mentarbiyyah aku dengan penyakit ni mungkin….mungkin sebagai persediaan untuk aku! Ia hanyalah satu kemungkinan….Tapi aku belum sembuh sehingga sekarang!! Mungkin hamba yang tak bersyukur, tak bersabar dan tak tabah tak boleh berada dalam jalan yang mulia ni. Jalan para Nabi dan Rasul. Dakwah adalah tugas para Nabi dan Rasul. Maka kerja-kerja dakwah ni terlalu mulia dan aku tak layak untuk berada dalam jalan ni mungkin….

Pesanan Saidina Ali dan Imam Ghazali

Saidina Ali kwh pernah berkata:

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam

Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam

Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam"


Berkata Imam Ghazali:

"Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun jua rembulan

Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali

Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan

Semalam yang terluput mengukir sesalan

Yang ada hanya hari ini dan akan datang

Gunakanlah hari ini dengan sebaiknya

Kerana esok belum tentu milik kita

Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya"

Mencari Mardhatillah 1

Aku telah diuji oleh Allah SWT. Ujian yang kurasakan amat berat dan tak mampu kutanggung lagi. Diagnosis penyakitku adalah Bipolar.

Penyakit ni dipandang serong oleh sesetengah golongan yang tidak memahami dan tidak mempunyai ilmu tentangnya. Aku telah membuat satu kesilapan kerana telah terkongsikan sedikit pengalaman ketika A menceritakan bagaimana hamba Allah yang tak ingat Tuhannya sehingga sanggup bunuh anaknya kerana depress. Ada yang cuba bunuh diri kerana depress. Lalu aku terkeluar cerita yang aku alami sendiri. Respon dari mereka biasa saja. Mereka yang kutemui di Kulim tu mendoakan aku agar tabah dan boleh menghadapi penyakit ni. Aku akui yang aku banyak berfikiran negative dan banyak mengikut bisikan-bisikan syaitan. Aku gagal applykan ilmu-ilmu yang telah kupelajari. Terlalu banyak program yang telah aku ikut. Tapi aku gagal applykannya. Adakah ini ujian untuk aku renung kembali semua yang telah kupelajari?

Mungkin jugakah Allah nak uji aku macam mana nak apply semua ilmu-ilmu yang telah aku perolehi?? Entahlah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia lebih tahu!! Tapi kenapa sehingga sekarang aku tak dapat terima yang Allah menguji orang-orang yang Dia sayang? Kata B, orang-orang yang Allah sayang paling banyak diUji!! Adakah semua takdir Allah ini adalah kerana Allah menyayangiku?? Bukankah beruntung menjadi orang yang Allah sayang?? Entahlah….kadang-kadang aku rasa penat jadi raja azliza ni. Dahlah sakit. Sakit yang tak nampak pada luarannya. Sakit yang membuatkan aku berfikiran negative. Yang menjadikan aku seperti hamba yang tidak bersyukur. Hamba yang tidak bersabar dengan ujian. Ujian bukanlah satu bebanan sebenarnya tapi untuk mendekatkan lagi dengan Allah Yang Maha Esa. Dalam mathurat pun ditegaskan yang Allah tidak membebani seseorang diluar kesanggupannya. Tapi kenapa aku seperti masih belum dapat menerimanya?? Kenapa Ya Allah?? BILA masanya aku akan dapat menerima takdir yang telah Kau rancang untuk aku lalui?? Aku serah padamu Ya Allah!!

Lepas balik dari Segamat, aku disahkan mengidap penyakit Bipolar. Kenapa? Kenapa Allah uji dengan penyakit ni? Penyakit yang tak nampak secara luarannya. Seingat aku, aku diuji ketika aku bekerja di KL. Sesuatu yang aku ingin lakukan. Aku sering berdoa dan bertekad untuk bekerja sepenuhnya dalam bidang itu kerana aku tahu kemampuan aku. Jadi aku rasakan bidang itu adalah bidang yang ingin aku ceburi. Tak kisahla walaupun gaji sikit tapi ganjarannya biarlah Allah sahaja yang bagi. Tetapi, hanya sekejab aku dapat berkhidmat di KL. Aku terpaksa berhenti kerana sakit ni!! Aku amat sayangkan pekerjaan aku. Tapi aku terpaksa lepaskan kerana aku sakit! Mungkin aku tak layak kerja di situ? Hanya Allah yang tahu…..